Thursday, February 5, 2009

Penurunan Duti Import Baja Kimia Jejaskan Pasaran Baja Organik Tempatan

Baru-baru ni kerajaan mengumumkan penurunan duti import bagi baja kimia sebanyak 10%.
Keadaan ini dilihat sebagai menjejaskan perkembangan industri baja organik tempatan yang mana hampir 100% pengusaha yang terlibat dalam industri ini adalah bumiputra.

Tanpa sokongan kerajaan dengan mengawal kemasukan baja kimia ke dalam pasaran tempatan, industri baja organik tempatan sukar untuk berkembang.

Sepatutnya kerajaan mengenakan kuata dan meningkatkan duti baja import supaya industri baja tempatan dapat bersaing dengan baik dan berkembang.

Saturday, January 17, 2009

KEARAH MEMPERKASAKAN PRODUK TEMPATAN DAN MEMPROMOSIKAN BAJA ORGANIK

Kerajaan perlu membantu penternak cacing untuk mempromosikan baja organik di negara kita dan serantau. Sudah terbukti daripada pelbagai bentuk kajian yang dilakukan secara makmal dan dilapangan telah membuktikan produk baja organik dahu compos cacing adalah jauh lebih baik dari baja kimia, ianya mengatasi baja kimia dalam pelbagai bentuk kelebihan yang ada padanya.

Oleh yang demikian, kami penternak menyeru agensi kerajaan terutamanya MOA, Jabatan Pertanian, Fama dan lain-lain seperti KADA menggunakan baja organik di ladang-lanag dibawah naungan mereka, Ini termasuklah Baja Subsidi ju di shorkan menggunakan baja Organik ini.

BELI SEMULA CACING DARI PENTERNAK

Syarikat kami membeli semula induk cacing dari penternak pada harga diantara RM 100 -120 sekilogram.

Boleh menghubungi kami di 013-466 6227 en.Syam

Wednesday, December 24, 2008

Kaedah Penternakan Cacing

Kaedah 1 : Menggunakan palong simen atau kolah
  • sukar untuk dialih-alih, kos tinggi, memerlukan ruang yang luas.
  • sukar dan rumit untuk diselenggara
Kaedah 2 : Menggunakan kotak / bekas kayu
  • memberi pengudaraan yang baik untuk cacing
  • kos rendah berbanding palong simen namun lebih tinggi berbanding bekas plastik
  • mudah reput dan perlu diganti
Keadah 3 : Batas terbuka
Kaedah 4 : Menggunakan bekas plastik
Kaedah 5 : Rak bertingkat


Monday, December 22, 2008

Teknik Penyediaan Medium (makan cacing berkualiti)

Bahan utama :
1. Segala jenis tinja haiwan ruminan (kambing/lembu/kuda/arnab dll)
2. Serbuk kayu / sekam padi / daunan kering

Bahan sampingan
1. Hampas tebu / hampas kelapa
2. Caritan kertas surat khabar lama / sarang telur
3. Sayur-sayuran terbuang
4. Batang pisang / pelepah kelapa / pelepah sawit


Cara proses :

  • Tinja haiwan perlu di keringkan supaya memudahkan proses memesin hancur.
  • Tinja harus dimesin supaya baja yang dihasilkan halus dan berkualiti dan memudahkan ianya dimakan oleh cacing.
  • Selepas di mesin halus - lembapkan dengan air dan ratakan (jangan dilonggok) selama 2-3 hari bagi proses microorganisma (ianya akan mengalami pemanasan).
  • Pada masa sama remdamkan serbuk kayu / sekam supaya memudahkan pereputan. (1-2 hari).
  • Kemudian gabungkan tinja dan serbu kayu / sekam mengikut sukatan 60% tinja + 35% serbuk kayu/sekam.
  • 5% lagi ditambah bahan sampingan seperti hampas tebu dan lain-lain.
  • selepas digabungkan dan digaul rata, lembapkan dan ratakan (jangan dilonggok) 1-2 hari.
  • Medium sedia diberikan kepada cacing.

Tuesday, November 18, 2008

Kursus Penternakan Cacing

pearlgarden agrobiotech akan menganjurkan kursus lengkap penternakan cacing pada ;

tarikh :29.11.08 - tanjong malim perak
13.12.08 - machang kelantan

yuran RM 230..

daftar 2 org diskaun RM 30